Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, August 24, 2015

#Aku seorang BANGSAT

Pada suatu masa disaat mak dan kekanda dalam perhubungan PJJ, dia akan ke Kedah mengunjungi mak takala dia ada cuti.

Masa awal-awal dia jadi menantu orang Kedah, dia masih tak faham loghat orang utara. Sampai la pun dia tak berapa faham sebenaqnya. Kutuk saja dia dalam loghat kedah, cakap  bagi laju skit, dia bukan tau pun orang kata kat dia.. hahahaha

Ok. Sambung crita mak. Pada satu kali dia ke Kedah, kanda mak cerita.

Kanda : tadi abang baru sampai. Terkejut abang bila abah tanya.

Dinda : abah tanya apa?

Kanda : Dia tanya, bila balik? 

Dinda : Dah tu, abang cakap apa? ( sambil tersengeh dah)

Kanda : Itu la.. abang blur. Dok fikir.. ehh aku baru sampai dah tanya bila nak balik. Lepas tu abah tengok abang blur kot, abah tukar soalan, bila sampai.

Dinda dia pun cerita ka skit yang loghat Kedah memang lagu tu. Bukan nak halau hehehhee

Ok, ni cerita kedua.

Pernah suatu masa mak dan kawan-kawan sekerja di dalam van menuju ke Pasir Gudang selepas tamat kursus. Sembang punya sembang, kluaq la bab satu perkataan tapi lain makna mengikut negeri.

Mak : kalau di Johor, orang kata " dia ni orang bangsat", korang faham apa.

A : uiisshhhh....

Mak : haaaaa.... kasar kan? Tapi kalau kat kedah ada makna lain.

A : makna apa?

Mak : maknanya orang merantau. Bukan orang asal situ. 

Motif nak habaq tang ni, bangsat tu tak teruk mana pun. Tertakluk pada pemahaman dan penerimaan masing-masing.

Mak pun mai bangsat tang Johor ni cari makan...


Gambar sekadar hiasan..

Ok, bai

Monday, August 17, 2015

#7 bulan sudah

Assalamualaikum.

I'm back.. again! Hehehehe

Masa sangat mencemburui ibu. Atau sebetulnya, ibu yang tidak pandai membahagikan masa.

Alhamdulillah, ibu masih seperti dulu. Sihat seadanya. Makin bertambah tugasan dan tanggungjawab Allah yang diterima.

22 Jun lepas ibu dah 36 tahun.


19 Julai lepas kembar dah 5 tahun.


8 September depan kakak dah 8 tahun.


Dan hari ni 17 Julai, Fawwaz dah 7 bulan. Ibu dah start bagi puree untuk Fawwaz. Baru seminggu mula. Tapi kalau tengok orang makan, ternganga dia seperti minta disuap sama.


Cepat sangat anak-anak ibu membesaq. Kadang-kadang, ibu nak kamu semua lambat besaq. Sentiasa jadi baby pada ibu. Terasa ibu masih tak puas peluk cium dan uli kalian.

Tapi, kadang-kadang ibu nak kamu semua cepat dewasa dan matang hehehehe...
Ok, sekian bebelan waktu lunch!


Hahahahaha


Related Posts with Thumbnails