Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, September 6, 2015

#Bila terkenang masa silam

Assalamualaikum.

Tetiba hari ni teringat dekat orang-orang Kedah. Tak sabaq rasanya nak balik hari raya korban nanti. Apapun halangan yang datang, balik tetap balik heheheheh




Tetiba (lagi), ibu rasa nak imbas satu cerita sambil nak mengingatkan diri sendiri. Tentang kisah kehidupan ibu bersama maktok dan wan di suatu masa dahulu.

Sehingga kini, ibu merasakan ibu bukanlah seorang anak yang baik. Tittle anak solehah mungkin jauh sekali. Ibu memang terkenal dengan ketegaq sedari azali. Suka nak buat ikut kehendak sendiri. Kadang-kadang memang hati dan perasaan orang lain, ibu letak kat tepi.

Degilnya ibu ni sampai maktok pernah keluaqkan warning - Kalau Zakiyah pi, Zakiyah ANAK DERHAKAIsunya bukan besaq pun, ibu terpilih ke pasukan netball mewakil daerah masa tingkatan 5. Maktok tak izinkan, tu saja. 

Dia kata "Awat? Tak puas lagi ka melompat dari tingkatan 1 sampai la ni?? Ni dah tingkatan 5! Nak pereksa! Boleh berenti dah kot".

Sentap?! Ya. Memang terkesan di hati. Sebab ibu terasa ibu bukanlah anak penyejuk hati. Mungkin itu senjata terakhir maktok nak bagi ibu faham yang dia bimbangkan masa depan ibu, yakni anaknya yang disayangi.

Maklumlah, ibu ni adalah anak perempuan dia ni yang sorang-sorangnya bukan berpendidikan madrasah. Memang nampak sangat maktok risau takut ibu tersalah arah.

Tapi sebenaqnya, maktok tak tau. Apapun anak dia ni nak bertindak, muka maktok dan wan lah yang ibu letak di depan sekali. Dari dulu hingga dah jadi isteri ni. Selagi benda tu tak menjatuhkan maruah depa, ibu memang akan terjah pi.

Ibu tetap ingat susah depa besaqkan mak. Asa satu kenangan yang tetap terpahat di memori. Kenangan zaman kanak-kanak yang menjadi trauma dan ibu ingat sampai kini walaupun kadang-kadang rasa itu adalah mimpi.

Ada satu masa, wan bawak maktok, ibu dan abang naik motor. Dipertengahan jalan kena hujan,  sejuk dan wan berenti teduh di sebuah kedai usang di tepi jalan. Masa tu balik berubat abang ibu yang sakit sedari bayi. Maktok dan wan tak pernah tinggalkan ibu. Ke mana pun depa pi, ibu pasti diangkut sekali.

Masih ibu ingat, ibu sangat takut sebab suasana sekeliling gelap dan usang. Maktok letak ibu di atas susunan tin-tin yang sebelumnya bergelimpangan. Maktok dan wan pujuk ibu dan abang sambil depa menahan kesejukan.

Panjang pulak bebelan. Lain kali ibu kongsi lagi. Sebenarnya ibu sekadar nak pesan :

NAK BUAT APA-APA PUN TINDAKAN, 
LETAK MUKA MAK PAK KITA DI DEPAN.

Oklah, sekian!
Related Posts with Thumbnails