Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, March 30, 2016

#Abang Ngah

Assalamualaikum. Selamat bertemu kembali.

Ibu menulis sambil berbaring di atas katil wad 2A, Regency Hospital. Masih menunggu bila gamaknya nurse akan panggil ibu habaq kata operation abang ngah dah selesai.

Abang ngah anak ibu yang kuat. Dalam tempoh kurang 6 bulan, dah 2 kali abang ngah masuk OT

Kali pertama tahun 2015. Asalnya nak buang kulat dalam telinga. Tapi dah alang-alang doktor nak bius, ibu mintak doktor sekalikan dengan buang tonsil dan adenoid abang ngah sama.

Sementara abang ngah sihat, elok kita buang siap-siap. Banyak kes tonsil yang ibu tau, akan melarat bila dewasa hingga menggangu kesihatan.

Ibu nak anak-anak inu sentiasa sihat dan ceria saja. Apa saja yang pakar cadangkan, ibu terima. Itu bidang mereka. Allah dah bagi kepandaian itu pada depa. Ibu ikut saja.

Selesai masalah tonsil. Masa follow up, doktor ada bagitau sesuatu. Dari xray telinga abang ngah, nampak macam tulang telinga abang ngah sudah dijangkiti kuman.

Ibu tanya apa yang perlu dibuat. Doktor kata kita tengok dulu. Makan ubat yang diberi. Nanti buat check up lagi.

Tahun ini abang ngah mengadu telinga yang sama sakit. Ibu korek-korek. Hasil lombong menunjukkan tanda-tanda macam tahun lepas punya kes.

Bertangguh jugak seminggu dua nak ke hospital sebab dok mencari doktor yang sesuai. Doktor yang sebelum ni dah pindah hospital. Tawakal saja masa registeration di kaunter.

Ada 2 doktor ENT. Sorang cuti. So mana yang available itu terima sajala. Doktor kata, kejadian dalam telinga abang ngah ni namanya cholesteatoma. Fuuhh... bertambah vocab ibu..

Sebab agak kritikal, terus set date untuk operate buang kejadian luar biasa tu. Kali ni doctor kata kena buat ct scan untuk tau tahap dalam tulang tu dah jadi macamana.

Dah lebih 5 jam. Ibu masih menunggu panggilan nurse ajak ambik abang ngah kat bilik OT.

Abang ngah ditangan mereka yang pakar. Ibu tawakal pada Allah. Ibu dah berdoa. Ibu dah solat hajat. Ibu dah baca yasin. Moga Allah bagi kesembuhan pada abang ngah.

Abang ngah, anak ibu yang gagah!!!

Friday, March 4, 2016

#kelas blog Mac 2016

Dah lama ibu tak update blog. Masa sama 24jam tapi salah sendiri tak pandai nak urus masa.

Mujur hari ni kena ajaq kursus pendek blog. Maka dengan sendirinya blog kuning ni akan di update sebab nak tunjuk contoh update blog via handphone..

Untung laaaa...

Tarraaaaaaa... inilah pelajar ibu yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh nak menambah ilmu dalam dunia blog.


Related Posts with Thumbnails