Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

s.a.y.a



Hi, saya pemilik nama yang sentiasa akan kedengaran muda walaupun sudah menjadi nenek, Che Zakiyah binti Zainon. Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Adik kepada seorang abang, dan kakak kepada 4 orang adik.

Dikenali sebagai Zakiyah, Che Kiyah, Zack, Tulip atau Lip. Berasal dari negeri Kedah Darulaman, namun kerana cinta saya jauh mengembara dan kini tinggal di Pasir Gudang, Johor. Mungkin akan terus menetap di sini dengan izin Allah Taala.

Seorang yang lasak dan punya jiwa pemberontak namun tetap memiliki hati yang sangat sensitif dan penyayang. Setia dalam perhubungan. Seorang yang pendiam tapi akan banyak bercakap bila sudah kenal. Outspoken dalam hal-hal tertentu. Suka bertukar mood dengan cepat.  

Seorang yang sukakan keadilan dan kebenaran. Benci akan salah guna kuasa dan penindasan.

Blog ini adalah catatan suka duka, bahagia dan kecewa sepanjang hidup saya. Banyak luahan rasa yang saya coretkan di sini selebihnya saya simpan di hati. Ada pandangan dan ketidakpuasan hati yang saya lontarkan namun saya masih cuba untuk tidak mengecilkan hati sesiapa. 

Peace, no war!

Adios
ZakiyahZainon


No comments:

Related Posts with Thumbnails